CARI

Sunday, 27 August 2017

PAMERAN PPDa SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PSYMOTIVES PERINGKAT DAERAH KUDAT

OBJEKTIF PROGRAM:

MENYALURKAN MAKLUMAT TENTANG BAHAYA DARIH KEPADA MURID, IBUBAPA DAN ORANG AWAM YANG HADIR KE PROGRAM INI MELALUI BAHAN BACAAN, BAHAN PAMERAN DAN BAHAN AUDIO VISUAL.

 Unit Pendidikan Swasta Pendidikan Khas PPD Kudat telah menjemput Unit PPDa Sk. St. James untuk mengadakan Pameran PPDa sempena Program Psymotives Peringkat Daerah Kudat di Smk Kudat pada 01 April 2017. Peluang yang diberikan ini dapat mendekatkan Unit PPDa Sk. St. James kepada orang awam diluar sana dan dapat mendedahkan serta memberi maklumat tentang bahaya DARIH serta cara mengatasinya. 4 orang murid iaitu SAHABAT PPDa telah dibawa bersama dalam menjalankan tugas sebagai penyampai maklumat dan menyebarkan risalah tentang DARIH serta risalah tentang penglibatan dan pencapaian sekolah berkaitan dengan PPDa. Impak program Pameran ini kepada murid ialah, murid dapat menimba pengetahuan berhadapan dengan orang awam dan menambahbaik kemahiran menyampaikan maklumat kepada murid dan orang awam. Impak program ini kepada sekolah pula ialah, pihak luar dapat mengenal dan mengetahui tentang Unit PPDa Sk. St. James iaitu tentang penglibatan dan pencapaian Unit PPDa.







Heroin?


Ganja?

Ecstasy?

Syabu?

HARI ANTI DADAH DAN PROGRAM IMAN (ILMU MAJU AKTIF NEKAD)

Program IMAN yang julung kali diadakan di sekolah ini telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Program ini yang telah dilaksanakan pada 16 Mac 2017 bermula pada jam 8.00 pagi dengan sesi ceramah dr Ketua Polis Daerah Kudat dan sesi ceramah kedua dari pihak PEMADAM daerah Kudat yang memberi pendedahan tentang kesan penyalahgunaan dadah, jenis-jenis dadah,hukuman,  dan langkah-langkah  menghindar dari terjebak dengan dadah.
     Pada masa yang sama, pameran daripada Jabatan Narkotik PDRM, AADK dan PEMADAM turut diadakan didalam dewan. Murid-murid dapat menyaksikan sendiri contoh-contoh bahan berbahaya seperti Kokain, Heroin, Syabu dan lain-lain lagi. Selain itu, tayangan video juga dibuat di ruang pameran.
 Murid Tahap 1 pula terlibat dengan aktiviti mewarna lukisan dengan tema " 1 Malaysia Membanteras Dadah".  Hadiah turut disediakan kepada pemenang setiap kelas.
    Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Datu Ruslin Datu Siabok iaitu Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan berakhir pada jam 1.00 petang.


GOTONG ROYONG FASA 4 (MAC 2017)