CARI

Sunday 27 August 2017

HARI ANTI DADAH DAN PROGRAM IMAN (ILMU MAJU AKTIF NEKAD)

Program IMAN yang julung kali diadakan di sekolah ini telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Program ini yang telah dilaksanakan pada 16 Mac 2017 bermula pada jam 8.00 pagi dengan sesi ceramah dr Ketua Polis Daerah Kudat dan sesi ceramah kedua dari pihak PEMADAM daerah Kudat yang memberi pendedahan tentang kesan penyalahgunaan dadah, jenis-jenis dadah,hukuman,  dan langkah-langkah  menghindar dari terjebak dengan dadah.
     Pada masa yang sama, pameran daripada Jabatan Narkotik PDRM, AADK dan PEMADAM turut diadakan didalam dewan. Murid-murid dapat menyaksikan sendiri contoh-contoh bahan berbahaya seperti Kokain, Heroin, Syabu dan lain-lain lagi. Selain itu, tayangan video juga dibuat di ruang pameran.
 Murid Tahap 1 pula terlibat dengan aktiviti mewarna lukisan dengan tema " 1 Malaysia Membanteras Dadah".  Hadiah turut disediakan kepada pemenang setiap kelas.
    Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Datu Ruslin Datu Siabok iaitu Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan berakhir pada jam 1.00 petang.


No comments:

Post a Comment