CARI

Sunday 27 August 2017

LAWATAN PENANDA ARASAN SK. LOK YUK PADA 28 APRIL 2017




LAWATAN PENANDA ARASAN SK. SEBAYAN DAN GURU BESAR SK. PADANG PADA 03 APRIL 2017









PAMERAN PPDa SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PSYMOTIVES PERINGKAT DAERAH KUDAT

OBJEKTIF PROGRAM:

MENYALURKAN MAKLUMAT TENTANG BAHAYA DARIH KEPADA MURID, IBUBAPA DAN ORANG AWAM YANG HADIR KE PROGRAM INI MELALUI BAHAN BACAAN, BAHAN PAMERAN DAN BAHAN AUDIO VISUAL.

 Unit Pendidikan Swasta Pendidikan Khas PPD Kudat telah menjemput Unit PPDa Sk. St. James untuk mengadakan Pameran PPDa sempena Program Psymotives Peringkat Daerah Kudat di Smk Kudat pada 01 April 2017. Peluang yang diberikan ini dapat mendekatkan Unit PPDa Sk. St. James kepada orang awam diluar sana dan dapat mendedahkan serta memberi maklumat tentang bahaya DARIH serta cara mengatasinya. 4 orang murid iaitu SAHABAT PPDa telah dibawa bersama dalam menjalankan tugas sebagai penyampai maklumat dan menyebarkan risalah tentang DARIH serta risalah tentang penglibatan dan pencapaian sekolah berkaitan dengan PPDa. Impak program Pameran ini kepada murid ialah, murid dapat menimba pengetahuan berhadapan dengan orang awam dan menambahbaik kemahiran menyampaikan maklumat kepada murid dan orang awam. Impak program ini kepada sekolah pula ialah, pihak luar dapat mengenal dan mengetahui tentang Unit PPDa Sk. St. James iaitu tentang penglibatan dan pencapaian Unit PPDa.







Heroin?


Ganja?

Ecstasy?

Syabu?

HARI ANTI DADAH DAN PROGRAM IMAN (ILMU MAJU AKTIF NEKAD)

Program IMAN yang julung kali diadakan di sekolah ini telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Program ini yang telah dilaksanakan pada 16 Mac 2017 bermula pada jam 8.00 pagi dengan sesi ceramah dr Ketua Polis Daerah Kudat dan sesi ceramah kedua dari pihak PEMADAM daerah Kudat yang memberi pendedahan tentang kesan penyalahgunaan dadah, jenis-jenis dadah,hukuman,  dan langkah-langkah  menghindar dari terjebak dengan dadah.
     Pada masa yang sama, pameran daripada Jabatan Narkotik PDRM, AADK dan PEMADAM turut diadakan didalam dewan. Murid-murid dapat menyaksikan sendiri contoh-contoh bahan berbahaya seperti Kokain, Heroin, Syabu dan lain-lain lagi. Selain itu, tayangan video juga dibuat di ruang pameran.
 Murid Tahap 1 pula terlibat dengan aktiviti mewarna lukisan dengan tema " 1 Malaysia Membanteras Dadah".  Hadiah turut disediakan kepada pemenang setiap kelas.
    Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Datu Ruslin Datu Siabok iaitu Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan berakhir pada jam 1.00 petang.


GOTONG ROYONG FASA 4 (MAC 2017)






PROGRAM MESEJ 5 MINIT ANTI DADAH

Aktiviti ini dilaksanakan setiap minggu selama 5 minit semasa perhimpunan rasmi sekolah. SAHABAT PPDa bergilir-gilir setiap minggu untuk membacakan informasi tentang antidadah / PPDa kepada semua murid. Bahan mesej 5 minit yang dibacakan didapati daripada perkongsian Tn. Freddy Au dari unit PPDa JPNS. Mesej yang disampaikan merangkumi definisi, keburukan, jenis-jenis dan cara mengatasi tentang dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIV/AIDS. Informasi yang disampaikan dapat memberi maklumat kepada murid-murid yang tidak mengetahui atau pun kurang informasi tentang bahaya DARIH.






MENDAPAT ANUGERAH PERISAI KOMUNITI AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN YANG DISAMPAIKAN OLEH KETUA MENTERI SABAH YAB. BERHORMAT DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN PADA 08 DISEMBER 2016












LAWATAN KPM KE LALUAN PPDa

Pada 18 November 2016 bersamaan hari Jumaat yang lalu, Sk. St. James Kudat telah menerima kunjungan lawatan daripada pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Pn. Jahleha Yusuf (Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Kesihatan KPM) ,Cik Nor Asmira Wahap (Pegawai Penerangan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia), En. Freddy Au (Penolong Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah) dan En. Dahalan Amna (PPD Kudat).
            Rombongan pelawat tiba pada jam 8.00 pagi dan disambut oleh En. Ronald Bilik dan barisan pentadbir sekolah. Setelah bersarapan pagi, rombongan diberikan sedikit taklimat mengenai latar belakang sekolah dan Laluan PPDa sekolah yang baru sahaja diwujudkan pada tahun ini.
            Setelah itu, pemeriksaan fail PPDa dilakukan oleh En. Freddy Au bersama rombongan pelawat. Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Laluan PPDa Sk. St. James, kelas-kelas di sekitarnya dan juga tandas ceria sekolah.
            Rombongan pelawat mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mewujudkan Laluan PPDa dalam masa yang singkat dan juga kejayaan sekolah dalam melaksanakan pelbagai program yang menarik dan cemerlang. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada rombongan pelawat atas kehadiran mereka pada hari tersebut.

            Rombongan bergerak pulang pada jam 10.30 pagi. 

Gambar-gambar sekitar lawatan :










PEMANTAUAN PENARAFAN LALUAN PPDa SK. ST. JAMES PERINGKAT NEGERI SABAH OLEH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Pejabat Pendidikan Daerah Kudat telah memilih Sk. St. James Kudat untuk mewakili Kudat bagi menyertai pertandingan atau penarafan laluan PPDa peringkat negeri bagi kategori sekolah rendah. Terdapat dua sekolah yang mewakili  Kudat bagi penarafan laluan PPDa iaitu Sk. St. James dan Sk. Pekan Kudat II.
Pemantauan / penilaian penarafan laluan PPDa peringkat negeri Sabah telah dilaksanakan pada 29 September 2016 bersamaan hari Khamis. Rombongan pemantau terdiri daripada 4 orang dan mereka tiba pada jam 9.00 pagi. Ketua pemantau adalah Pn. Noriah dari Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Pemantau yang lain adalah dari PPD Kota Marudu, Kota Belud dan Ranau. Turut hadir bersama semasa pemantauan ialah En. Aliman dari PPD Kudat.
Setelah sarapan pagi, En. Ronald Bilik menyampaikan sedikit taklimat tentang sekolah. Kemudian, pemantauan dimulakan dengan melawat laluan PPDa. Setiba di laluan PPDa, rombongan pemantau disambut oleh SAHABAT PPDa Sk. St. James.
Selepas melawat laluan PPDa, pemantau kembali ke pejabat Guru Besar untuk menyemak fail PPDa. 
Pemantauan berakhir pada jam 11.30 pagi. Guru Besar, En. Ronald Bilik mengucapkan terima kasih kepada rombongan pemantau yang hadir. Rombongan pemantau kemudian bergerak ke Sk. Pekan Kudat II bagi penilaian seterusnya.

Gambar-gambar sekitar pemantauan :










PROGRAM KEM PINTAR (KERJASAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN NEGERI SABAH DAN SK. ST. JAMES KUDAT)

Satu program kerjasama luar telah diadakan di Sk.St.James Kudat. Program ini dinamakan program Kem PINTAR. Program ini merupakan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Sk.St.James Kudat. Program ini berjalan selama 3 hari 2 malam bermula pada 28 September 2016 hingga 30 September 2016 dan peserta terdiri daripada murid-murid tahun 6.

Gambar-gambar semasa pendaftaran dan sesi pengenalan :
 









Hari ke dua







Hari ke tiga : 
Semasa perasmian penutupan oleh En. Bakri Bibi (Pengarah AADK Negeri Sabah)