Pada 18 November 2016 bersamaan hari Jumaat yang lalu, Sk. St. James Kudat
telah menerima kunjungan lawatan daripada pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan
Malaysia iaitu Pn. Jahleha Yusuf (Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Kesihatan
KPM) ,Cik Nor Asmira Wahap (Pegawai Penerangan Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia), En. Freddy Au (Penolong Pengarah Unit
Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah) dan En. Dahalan
Amna (PPD Kudat).
Rombongan pelawat tiba
pada jam 8.00 pagi dan disambut oleh En. Ronald Bilik dan barisan pentadbir
sekolah. Setelah bersarapan pagi, rombongan diberikan sedikit taklimat mengenai
latar belakang sekolah dan Laluan PPDa sekolah yang baru sahaja diwujudkan pada
tahun ini.
Setelah itu, pemeriksaan
fail PPDa dilakukan oleh En. Freddy Au bersama rombongan pelawat. Seterusnya,
rombongan dibawa melawat ke Laluan PPDa Sk. St. James, kelas-kelas di
sekitarnya dan juga tandas ceria sekolah.
Rombongan pelawat
mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mewujudkan Laluan
PPDa dalam masa yang singkat dan juga kejayaan sekolah dalam melaksanakan
pelbagai program yang menarik dan cemerlang. Pihak sekolah mengucapkan terima
kasih kepada rombongan pelawat atas kehadiran mereka pada hari tersebut.
Rombongan bergerak pulang
pada jam 10.30 pagi.
Gambar-gambar sekitar lawatan :
No comments:
Post a Comment