CARI

Sunday, 27 August 2017

UNIT PPDa SK. ST. JAMES, KUDAT

PENGENALAN

PPDa merupakan singkatan kepada Pendidikan Pencegahan Dadah yang merupakan salah satu program yang wajib di sekolah. Unit PPDa di Sk. St. James adalah di bawah Unit Hal Ehwal Murid. Ia bertujuan untuk mendidik murid-murid tentang apa itu dadah, kesan dan bahaya dadah kepada masyarakat amnya. Laluan PPDa Sk. St. James telah dirasmikan pada 26 Mei 2016 oleh Dato’ Verdon Bahanda iaitu Pengasas Yayasan Verdon Bahanda Kota Kinabalu. 
LALUAN PPDa SKSTJ KUDAT
KERATAN AKHBAR PELANCARAN LALUAN PPDA 
GIMIK PELANCARAN LALUAN PPDA SK.ST.JAMES KUDAT
MATLAMAT

Pelaksanaan PPDa di sekolah-sekolah adalah untuk memastikan murid-murid akan mempunyai pengetahuan, kesedaran dan kemahiran mengenai bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV serta  bahan terlarang yang boleh merosakkan intelek, emosi, rohani dan jasmani.

OBJEKTIF
· Murid akan mendapat maklumat  bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV
·  Murid mempunyai ketahanan dan jati diri untuk menolak pengaruh dadah dan bahan        terlarang yang lain.
· Murid kreatif, kritis & inovatif dalam kemahiran PPDa di sekolah.

    MISI
    Sekolah Bebas Dadah

    VISI
    Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan/kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada pengaruh dadah

    No comments:

    Post a comment