Pejabat
Pendidikan Daerah Kudat telah memilih Sk. St. James Kudat untuk mewakili Kudat
bagi menyertai pertandingan atau penarafan laluan PPDa peringkat negeri bagi
kategori sekolah rendah. Terdapat dua sekolah yang mewakili Kudat bagi penarafan laluan PPDa iaitu Sk.
St. James dan Sk. Pekan Kudat II.
Pemantauan
/ penilaian penarafan laluan PPDa peringkat negeri Sabah telah dilaksanakan
pada 29 September 2016 bersamaan hari Khamis. Rombongan pemantau terdiri
daripada 4 orang dan mereka tiba pada jam 9.00 pagi. Ketua pemantau adalah Pn.
Noriah dari Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Pemantau yang lain
adalah dari PPD Kota Marudu, Kota Belud dan Ranau. Turut hadir bersama semasa
pemantauan ialah En. Aliman dari PPD Kudat.
Setelah
sarapan pagi, En. Ronald Bilik menyampaikan sedikit taklimat tentang sekolah. Kemudian,
pemantauan dimulakan dengan melawat laluan PPDa. Setiba di laluan PPDa,
rombongan pemantau disambut oleh SAHABAT PPDa Sk. St. James.
Selepas
melawat laluan PPDa, pemantau kembali ke pejabat Guru Besar untuk menyemak fail
PPDa.
Pemantauan
berakhir pada jam 11.30 pagi. Guru Besar, En. Ronald Bilik mengucapkan terima
kasih kepada rombongan pemantau yang hadir. Rombongan pemantau kemudian
bergerak ke Sk. Pekan Kudat II bagi penilaian seterusnya.
Gambar-gambar sekitar pemantauan :
No comments:
Post a Comment